Taklimat Klik Dengan Bijak
24 Januari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 23 Januari 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Serasot dengan kerjasama PI Krokong telah mengadakan program Klik Dengan Bijak bersama dengan belia Kampung Serasot dan Kampung Sebobok. Taklimat ini diadakan untuk menggalakkan penggunaan internet secara positif di kalangan belia dan sekaligus memberikan pendidikan kepada pengguna Internet. Aktiviti ini juga dapat mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Antara ktiviti yang diadakan ialah taklimat dan tayangan video Klik Dengan Bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: